R. SUPRAMANIAM
R. SUPRAMANIAM

Sindiket tersebut didakwa menawarkan telefon pintar jenama iPhone 6S yang kononnya masih baharu pada harga RM500 seunit berbanding harga asal iaitu lebih RM3,000.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menawarkan telefon palsu kepada pelanggan yang berhenti di stesen minyak lebuh raya atau pasar raya.

“Kedua-dua suspek berusia 24 dan 52 tahun itu ditahan susulan laporan polis oleh dua individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit pada Rabu lalu.

“Selepas membuat bayaran, mangsa terus beredar tanpa memeriksa set telefon tersebut dan hanya menyedari iPhone 6s itu palsu apabila ia tidak berfungsi selepas kad SIM dimasukkan ke dalam telefon pintar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sebuah kereta Honda City yang digunakan suspek pertama turut dirampas dan hasil soal siasat, suspek mengaku bersubahat dengan suspek kedua yang baru dikenalinya kira-kira sebulan untuk melakukan penipuan penjualan telefon iPhone 6s palsu itu. - UTUSAN ONLINE