Menurut jurucakap bomba, kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 4:40 pagi itu turut merebak ke sebuah rumah setinggan menyebabkan 30 peratus daripada rumah itu terbakar.

Sebanyak 25 anggota bomba dari tiga balai berdekatan terlibat dalam usaha memadam api kebakaran tersebut.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, katanya ketika dihubungi media di sini hari ini.

Sementara itu, pembantu tadbir sekolah terbabit Jaafar Ismail berkata blok asrama yang dihuni 43 pelajar tahfiz lelaki berumur di antara 8 ke 12 tahun itu disedari mula terbakar ketika para pelajar bersiap untuk menunaikan solat tahajud.

"Buat masa ini, kesemua pelajar terbabit akan menginap di bangunan kelas sehingga kerja pembaikan dan baik pulih selesai," katanya.

"Alhamdulillah, tiada kecederaan atau kemalangan membabitkan pelajar kami dan saya lihat mereka semua dalam keadaan baik buat masa ini," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan derma bagi membaik pulih blok asrama terbabit oleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 5628 3461 4558 di bawah nama Baitul Barokah Wal Mahabbah. - BERNAMA