Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an yang ditahan kebanyakannya adalah tetamu majlis tersebut termasuk penganjur majlis dan akan direman esok mengikut keperluan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun dan adiknya berusia 36 tahun maut akibat ditetak selepas berlaku perselisihan faham dengan suspek yang dipercayai merupakan tetamu dalam majlis sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian kebanyakan tetamu dalam keadaan mabuk dan pihaknya masih mencari punca sebenar berlakunya pertengkaran sehingga menjurus kepada kematian dua beradik itu.

"Kedua-dua mangsa dipercayai diserang dengan parang dan senjata digunakan untuk menyerang mangsa turut ditemukan di lokasi kejadian.

"Setakat ini, kita percaya kejadian berlaku akibat salah faham antara kedua-dua mangsa dengan kumpulan motosikal yang membuat bising di khemah terbabit," katanya ketika dihubungi, di sini. - UTUSAN ONLINE