Tertuduh Noor Azlan Ismail, 31 dan adiknya Mohd Farizzuan, 23, didakwa telah melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian Mohamad Ghadafi Amir Zamri, 28, di hadapan sebuah kedai cuci kereta antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada tarikh tersebut.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Kedua-dua hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Nazri Ismail.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan kes disebut semula pada 10 Mac depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala kedua-dua beradik itu pula tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE