Penderitaan kanak-kanak lelaki enam tahun dan adiknya berusia tiga tahun itu disedari bapa mereka, Mohd. Fairuz Baharin Mohd. Noor, 33, selepas melihat kesan luka pada bibir anak sulungnya itu sejurus diserahkan ibu kandungnya pada Khamis lalu.

Menurutnya, anak sulungnya itu dibawa lari ibunya pada Hari Raya Aidilfitri lalu untuk dibawa ke kampung halamannya di Perak bersama-sama teman lelakinya berusia 28 tahun.

“Anak saya mengadu dia disepak, ditendang dan dipukul dengan menggunakan kayu tanpa belas kasihan gara-gara anaknya itu sering menangis mahu pulang kepangkuan saya.

“Apabila melihat terdapat kesan luka di badan anak, saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Tangkak sebelum membawa anak ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE