Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi kira-kira pukul 11 malam, selain menahan dua beradik berusia 32 dan 34 tahun itu polis turut polis merampas dadah disyaki heroin seberat kira-kira 2.1 kilogram dan 4.53 gram syabu bernilai RM84,700.

"Polis turut menyita pelbagai barangan termasuklah tiga buah kereta iaitu jenis Honda City, Perodua Viva dan Perodua Kancil bernilai RM78,000, wang tunai RM4,050 dan barang kemas bernilai RM14,992.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Rabu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE