Perintah reman ke atas kedua-dua anggota berumur 54 dan 57 tahun yang bertugas di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Noradila Abd. Latif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

 Menurut sunber, mereka ditahan secara berasingan pada pukul 11.20 pagi dan 2.20 petang semalam di pekarangan Mahkamah Besut dan IPD daerah sama.

Suspek pertama disyaki meminta rasuah bernilai RM1,500 sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes seorang wanita dan anaknya membabitkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, namun hanya diberikan RM800 oleh mangsa.

Wang  itu dikatakan diminta sebagai balasan untuk melepaskan mangsa daripada dikenakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Besut hari ini.

Suspek kedua pula ditahan kerana bersama bersama suspek pertama meminta wang rasuah berkenaan daripada mangsa -  UTUSAN ONLINE