Mohd. Fairuz Abd. Jalil, 36, dan Norfazlizan Mat Zain, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut. 


Mereka didakwa menerima suapan wang tunai RM10,000 secara berperingkat daripada Chan Heng Loy, 63, bagi melepaskan, menyelesaikan kes dan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga itu kerana membawa dan menjual rokok seludup di sekitar Taman Kiara, Sikamat dekat sini, antara 7 Disember 2017 hingga 13 Disember 2017.


Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiyanah Mohd. Nawawi mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 


Hakim Fathiyah Idris membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan dan kes disebut semula pada 9 Mac depan. - UTUSAN ONLINE