Majistret Noor Aisyay Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Logeswary, 32, yang didakwa dengan sengaja dan secara palsu berpura-pura sebagai doktor perubatan di sebuah poliklinik di Jalan Masai Jaya, Mukim Plentong, Masai di sini pada pukul 10.40 pagi, 7 Mac lalu.

Tertuduh yang tidak diwa­kili peguam didakwa mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Perubatan 1971 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Jalil Salim Muhamad, sepasukan Unit Kawalan Perubatan Swasta Kementerian Kesihatan telah melakukan pemeriksaan di poliklinik tersebut selepas menerima aduan daripada orang awam.

Tertuduh mendakwa dirinya sebagai seorang doktor, namun gagal mengemukakan sijil perakuan amalan tahunan sebelum ditahan polis pada masa dan tarikh yang sama.