Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, seorang pekerja hotel menghubungi polis pada pukul 2 petang memaklumkan penemuan lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik.

“Ekoran itu, pihak polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia dalam bilik tersebut.

“Siasatan juga mendapati penggunaan cecair Sodium Chloride yang dimasukkan ke dalam tubuh mangsa menggunakan jarum suntikan melalui tangan sebelah kirinya.

“Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan. - UTUSAN ONLINE