Suspek yang berusia 26 tahun ditahan di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 2.30 petang dipercayai ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE