Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ujian DNA dijalankan untuk mengenalpasti identiti rangka manusia yang dipercayai jantina wanita itu berusia lingkungan antara 20 hingga 30 tahun.

“Selain itu, kita juga menjejaki maklumat mangsa menerusi pangkalan data data laporan kes orang hilang.

“Pihak polis masih menyiasat kes ini yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada pukul 10 pagi semalam, satu rangka manusia yang dipercayai ditinggalkan kira-kira setahun lalu ditemukan di satu kawasan ladang getah terbiar berhampiran Uniten.

Rangka tulang manusia tanpa identiti ditemukan oleh juruukur yang melakukan kerja pengukuran tanah di seluruh kawasan Uniten di Kampung Dato Abu Bakar Baginda di sini pada pukul 10 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bersabit kes ini diminta tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.

Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Wan Azirul menerusi talian 0387774222 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran.-UTUSAN ONLINE