Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Diugut ah long salah sasaran

YONG KHAI LIANG (kiri) menunjukkan kertas yang dibaling oleh ah
YONG KHAI LIANG (kiri) menunjukkan kertas yang dibaling oleh ah long tertera wajah individu tidak dikenali di rumahnya sambil diperhatikan bapanya Yong Ah Thim (tengah) dan Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh Thim Kheun (kanan) di Wisma MCA, Ipoh, semalam.

IPOH 17 Julai – Seorang bekas ketua kampung dan keluarganya hidup dalam ketakutan sejak menerima ugutan ah long yang dipercayai tersalah sasaran.

Yong Ah Thim, 61, berkata, keluarganya bingung apabila dikatakan berhutang dengan ah long berkenaan sedangkan mereka tidak pernah membuat sebarang pinjaman daripada pemberi pinjam wang haram itu.

Menurutnya, dia mula diugut pada April lalu selepas ah long terbabit menghubunginya dan mendakwa anak lelakinya, Yong Khai Liang telah meminjam wang daripada mereka.

“Mereka mengugut saya agar membayar wang sebanyak RM17,000 dan jika tidak melunaskan pinjaman itu mereka akan melakukan perkara yang tidak baik kepada kami.

“Saya ada bertanya kepada anak lelaki saya mengenai dakwaan ah long tersebut dan dia menafikan pernah terlibat dengan pinjaman seperti itu,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak di Wisma MCA di sini hari ini.

Ujar Ah Thim, sejak menerima panggilan telefon itu, mereka sekeluarga tidak lagi diganggu ah long sehinggalah pada Khamis lalu apabila didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta Honda Civic.

Dakwanya, dua lelaki terbabit telah memberhentikan kendera­an di hadapan rumahnya di Jelapang sebelum membaling sebungkus plastik mengandungi cat merah dan empat keping kertas.

“Apabila diperiksa, terdapat beberapa tompok cat merah di kereta dan halaman rumah. Kertas putih yang dibaling itu pula tertera gambar seorang lelaki, kereta, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

“Berdasarkan apa yang tertera di kertas itu, jelas ia bukanlah gambar anak saya malah nombor kad pengenalan juga salah,” katanya.

Tambah Ah Thim, kerana bimbangkan keselamatan diri, dia telah melaporkan kejadian itu di Balai Polis Jelapang pada Jumaat lalu.

“Saya yakin ah long ini tersilap sasaran namun hairan apabila mereka mengetahui alamat dan nombor telefon rumah. Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain