Mohd. Wazir

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki kononnya dari Mahkamah Majistret Melaka pada 10 pagi semalam sebelum di­sambung kepada lelaki lain yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor Azman’ kononnya dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka.

“Suspek memberi­tahu mangsa akan ditangkap kerana mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM28,000 dan terlibat dengan kesalahan pengubahan wang haram. Mangsa kemudian diminta memindahkan wang dari akaunnya ke satu akaun yang diberikan suspek untuk tujuan siasatam,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, mangsa memindahkan RM4,900 pada pukul 11.10 pagi hari sama menerusi pemindahan wang dalam talian, namun menyedari terdapat kemungkinan dirinya menjadi mang­sa penipuan.

Sehubungan itu, tambah­nya, mangsa tidak meneruskan transaksi lain dan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” ujarnya. 
– BERNAMA