Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, penahanan lelaki berusia 47 tahun itu adalah susulan hasil soal siasat terhadap seorang suspek oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada minggu lalu.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Stoeger Cougar 8000, 50 butir peluru hidup, lima kelonsong peluru serta sebuah mesin pencetak pil ekstasi dan blok logo.

“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.

Mohd. Khalil berkata, suspek direman selama seminggu hingga 20 April ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8/8A Akta Senjata Api Lebih Berat 1971. - UTUSAN ONLINE