Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Bbdullah berkata, suspek yang berusia 54 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 pagi setelah pihaknya menerima panggilan daripada penduduk tentang suspek dikatakan mengejar jiran-jirannya yang melintasi kediamannya.

“Suspek yang dipercayai mengalami masalah mental, dan tinggal berseorangan setelah bercerai dengan isterinya pada tahun 2016, dikatakan mulai mengamuk dan mengejar penduduk kampung dengan pedang pada pukul 8.30 malam.

“Kita terpaksa bertindak bagi mengelak kejadian tidak diingini dan meredakan kebimbangan penduduk,”ujarnya kepada pemberita di sini petang ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut di rumahnya turut menjumpai 10 bilah pedang samurai, 18 keris berbilang saiz , 10 bilah pedang, 4 bilah tombak, 6 bilah parang dan 7 bilah pisau di dalam rumah suspek.

“Kita percaya suspek merupakan seorang penggemar senjata antik, di samping membeli dan menjual semula barangan itu “ katanya.

Menurut beliau siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan telah dihantar ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk rawatan.-UTUSAN ONLINE