Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Balkhis Abdul Halim membenarkan lelaki tersebut direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 14 Januari ini.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 38 tahun tersebut ditahan di JKM daerah pada pukul 3 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati individu itu telah disyaki menyeleweng wang bantuan berjumlah RM15,000 yang sepatutnya diserahkan kepada penerima bagi tujuan membaiki rumah dan pembekalan mesin jahit antara 2015 hingga 2017,” katanya.

Kata sumber itu lagi, lelaki berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE