Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap V. Siva, 35, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian G. Danata Letchumy pada 11 Julai 2013.

Muhammad Jamil kemudiannya menetapkan hukuman penjara 18 tahun lagi terhadap tertuduh selepas dia turut mengaku bersalah menyebabkan kematian S. Chitra pada 25 Ogos 2015.

Hukuman bagi kedua-dua kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu dijalankan secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Ogos 2015.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain, manakala tertuduh diwakili tiga peguam bela, V. Ramesh Vasan, B. Mariammah dan V. Aneeta. - UTUSAN ONLINE