Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Lew Yoke Peng, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya, Nor Safuan Noordin, 31, daripada menjalankn tugas jawatannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, 6 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Video rakaman yang menunjukkan wanita tersebut memegang stereng lock dan menjerit-jerit ke atas penguatkuasa MPSJ telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini malah wanita tersebut turut didakwa menghina mahkamah semasa didakwa ke atas kes yang sama. - UTUSAN ONLINE