Difahamkan, bot tersebut dari Pangkalan Dodek di Indonesia dan daun nipah kering itu dipercayai akan digunakan bagi menghasilkan rokok untuk dijual kepada pembeli di sekitar negeri ini.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Superintenden Dimin Awang berkata, pihaknya turut menahan lapan kru kapal warga Indonesia berusia 30 hingga 55 tahun dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 5 petang itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal me­nunjukkan sebarang dokumen permit import bagi produk pertanian itu.

“Polis merampas sebanyak 63 kotak dan 474 beg plastik berisi daun nipah yang dipercayai untuk dijadikan rokok dengan anggaran berat kira-kira 8.5 tan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Dimin, kapal yang membawa muatan daun nipah itu telah disita dan keseluruhan rampasan termasuk daun nipah itu dianggarkan bernilai RM350,000.