Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Tertinggi Mahkamah Sesyen negeri, Ahmad Tajudin Md. Zin terhadap kedua-dua beranak itu yang merupakan pengerusi dan pengarah sebuah syarikat pemaju terkemuka di negeri ini.

Mereka dibebaskan di sebuah hospital swasta kira-kira pukul 10.45 pagi tadi selepas Datuk Seri berusia 74 tahun itu mengalami tekanan darah tinggi sejak Jumaat lalu manakala anaknya, 47, turut hadir ke hospital sama.

Rabu lalu, kedua-dua beranak itu direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan penjualan tanah milik Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Mereka ditahan oleh SPRM ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri dan Putrajaya. - UTUSAN ONLINE