Suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan di sebuah restoran di Pulau Pinang kira-kira pukul 4 petang ini oleh Ja­batan Siasatan Jenayah Ko­mer­sial (JSJK) Bukit Aman hasil mak­lumat dan risikan.

Siasatan mendapati suspek juga dipercayai memakai gelaran Datuk palsu.

Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berikutan penahanan tersebut pihaknya te­lah membawa suspek ke rumah­nya untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita juga akan merampas kenderaan milik suspek,” katanya di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan manakala bapanya pula diburu selepas terlibat dalam penipuan jual beli minyak sawit mentah.

Dua beranak tersebut dikatakan telah menipu 248 pelabur dengan menjanjikan pulangan sehingga 30 peratus.

Hasil serbuan itu, polis turut merampas beberapa kenderaan mewah milik suspek iaitu Nissan GTR, Lamborghini Aventador dan Porsche Pana­mera serta dua buah motosikal jenis BMW GS RT200 dan Harley Davidson Fatboy.

Turut dirampas ialah sebuah komputer, dokumen geran ken­deraan, geran tanah serta wang tunai RM53,035 dan 18.8 juta rupiah (RM6,228).

Sementara itu, Ke­tua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar me­lalui laman Twitter miliknya mengucapkan tahniah kepada pasukan JSJK atas kejayaan tersebut.

“Syabas JSJK, Bukit [email protected] tadi, di Pulau Pinang, tangkap suspek utama, kes tipu CPO yang mengakibatkan 248 orang kerugian lebih RM31 juta. #GoPDRMGo,” katanya.