Wanita berusia 50-an tahun itu ditahan semasa memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin kerana sakit.

Pengarah SPRM negeri, Ramli Ismail ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Ahli perniagaan terbabit merupakan individu ketiga disyaki terlibat dalam kes mengatur perlawanan antara pasukan Tampin dan TGI United Kuala Pilah pada 25 November lalu.

Pada 5 Januari lalu, ketua jurulatih pasukan Tampin berusia 40 tahun ditahan SPRM dan diikuti penahanan pengurus TGI United Kuala Pilah berusia 38 tahun pada 6 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE