Ketua Polis Bintulu, Superintendent Zailanni Amit berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan bersama rakannya yang juga seorang lelaki rakyat tempatan, berusia 21 tahun, di kawasan perumahan Taman Putera Jalan Sibiyu, Bintulu.

"Suspek berperanan sebagai dalang utama merekrut orang tempatan dan warganegara asing menjadi pengedar dadah di Bintulu,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zailanni berkata suspek pada mula bertindak agresif serta enggan bekerjasama namun berjaya ditangkap oleh polis ketika serbuan dibuat.

"Turut dirampas dadah jenis syabu yang diletak di dalam 17 alat penyedut minuman kecil dan besar bernilai RM1,200," katanya. - BERNAMA