Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dalang kes culik miliki pistol direman

Dalang kes culik miliki pistol direman
SUSPEK warganegara Indonesia dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, pagi tadi untuk mendapat tempoh reman selama seminggu kerana memiliki pistol dan peluru. - UTUSAN ONLINE

BATU PAHAT 21 Mac - Seorang warganegara Indonesia yang disyaki dalang utama kes penculikan suri rumah, pertengahan bulan lalu direman seminggu kerana memiliki pistol dan peluru.

Majistret Mohd. Syafiq Mustaza membenarkan permohonan reman sehingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman di Plaza Tol Yong Peng Selatan, kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika cuba melarikan diri menaiki sebuah teksi.

Polis menemukan sepucuk pistol semi auto berserta 23 butir peluru kaliber 380 daripada suspek yang menaiki teksi berwarna merah bersama pemandu kenderaan terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengumumkan, polis berjaya menyelamatkan mangsa berusia 44 tahun itu yang disembunyikan selama 27 hari di sebuah rumah ladang di Batam, Indonesia.

Selain suspek utama terbabit, polis turut menahan 12 individu lain berusia 18 hingga 50-an di negeri ini disyaki ada kaitan dengan kejadian penculikan pada 21 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain