CHUAH GHEE LYE
CHUAH GHEE LYE

Ghee Lye berkata, ekoran pemeriksaan itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard telah memberi beberapa cadangan untuk menambah baik operasi di lokap berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.


Menurutnya, antara yang diberi perhatian termasuk rombakan struktur organisasi lokap selain pertukaran beberapa anggota.


“Lokap berkenaan juga telah diberi ingatan supaya mematuhi prosedur standard operasi (SOP) manakala anggota terlibat kini telah digantung kerja,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 4 pagi Ahad lalu, Anuar Ayat,43, melarikan diri selepas dipercayai menyogok anggota polis untuk membawanya bertemu ahli keluarganya di Sungai Nibong di sini.


Anggota berkenaan kemudian membuat laporan palsu mendakwa van yang digunakan untuk membawa Anuar ke Hospital Balik Pulau menghadapi kerosakan brek menyebabkan lelaki itu yang menghadapi pertuduhan kes dadah di mahkamah melarikan diri. – UTUSAN ONLINE