Ia susulan tangkapan dua lelaki dan seorang wanita di berusia antara 30 hingga 46 tahun di Pangkalan Hulu, Perak sehari sebelum itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, antara yang dirampas adalah 2.13 juta biji pil disyaki Eramin 5, 742.6 kilogram(kg) serbuk dadah disyaki Eramin 5, 27.3 kg dadah disyaki syabu, 5,080 biji pil disyaki ekstasi, 53.7 kg cecair kimia dan pelbagai peralatan memproses pil Eramin 5.

Menurutnya, polis turut menyita akaun bank, dua buah kereta, wang tunai, pelbagai matawang asing, dua utas jam tangan Rolex serta pelbagai jenis barangan kemas.

“Rampasan ini adalah yang terbesar sejak 2009 dan hasil kerjasama maklumat daripada pihak berkuasa Thailand dan China.

“Kesemua yang ditahan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE