Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, polis menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjadi pusat transit dadah tersebut untuk pasaran di Tangkak dan Muar.

Menurutnya, antara dadah yang dirampas termasuk 1.28 kilogram heroin, 270 gram syabu, 102 gram ganja, 420 gram ketamin, 800 biji pil ekstasi serta 19,000 pil erimin 5.

"Jumlah keseluruhan dadah termasuk sebuah kereta yang dirampas mencecah RM460,173 serta sebuah alat timbang dan pelbagai jenis plastik dipercayai untuk bungkusan semula dadah," katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.

Mohad Idris berkata, suspek berusia 27 tahun itu kini direman hingga 20 Mei depan dan ujian air kencing suspek turut positif meth. - UTUSAN ONLINE