Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, kesemua mereka yang ditahan pada pertengahan bulan ini melibatkan individu yang berusia antara 19 tahun hingga 34 tahun.

“Penangkapan suspek telah dilakukan antara 17 hingga 22 Oktober lalu hasil daripada maklumat yang diterima serta kerjasama yang dijalinkan dengan pihak TM sendiri bagi membanteras jenayah kecurian kabel,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar berhubung kejayaan polis daerah ini menahan suspek-suspek terbabit dalam tiga kes berasingan pada pertengahan bulan ini di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini sebentar tadi.

Menurut Arshad, kesemua suspek yang terlibat dalam kes kecurian kabel TM itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Arshad memberitahu, masih terdapat tiga lagi suspek masih bebas melibatkan dua individu yang telah diketahui butiran-butiran mereka, sementara seorang lagi masih belum dikenal pasti.

“Kepada suspek yang masih bebas, sekiranya mereka mahu menyerah diri di balai polis berdekatan, perkara itu adalah dialu-alukan. Polis kini sedang giat menjalankan usaha membanteras kes kecurian kabel TM,” katanya. - UTUSAN ONLINE