Tindakan kedua-dua lelaki berumur 41 dan 42 tahun sebelum itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kejadian kecurian wang dalam tabung masjid terbabit sering berlaku sehingga menyebabkan ahli jawatankuasa masjid membuat intipan beberapa hari melalui rakaman CCTV tersebut.

"Ahli jawatankuasa masjid yang sedang membuat intipan terus bertindak menangkap kedua-dua suspek tersebut. Suspek dipercayai mencuri duit tabung menggunakan lidi yang dibaluti dengan gula-gula getah pada bahagian hujungnya.

"Suspek kemudiannya menjolok lidi dan menarik keluar duit kertas yang berada dalam tabung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azhan menambah, ketika tangkapan dilakukan suspek telah berjaya mengeluarkan wang tunai sebanyak RM171 yang kemudiannya dirampas ahli jawatankuasa masjid untuk dijadikan bukti jenayah yang dilakukan suspek.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek turut mempunyai rekod atas kesalahan dadah sebelum ini.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu sehingga hari ini bagi membantu siasatan. Kita percaya melalui tangkapan ini, beberapa kes kecurian duit tabung masjid di sekitat Ayer Hitam dan Parit Raja dapat diselesaikan," katanya. - UTUSAN ONLINE