Jurucakap Batalion Ke-11 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkata, kesemua suspek ditahan semasa menaiki tiga lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux menerusi Operasi Serkap diketuai Mejar Noor Azmeer Mat Sani pada pukul 9 pagi.

Beliau berkata, pasukan tentera berjaya mengesan kenderaan terbabit semasa sedang menaiki bukit pada jarak 500 meter dari arah sempadan Malaysia menuju ke Indonesia setelah tiga jam melakukan intipan di lokasi berkenaan.

“Apabila ditahan dan diperiksa, didapati tiga lori terbabit membawa muatan 1,200 kotak ikan sejuk beku jenis dori dan talapia dari Malaysia untuk dijual di Indonesia.

“Setiap kotak ikan terbabit adalah seberat kira-kira 5 kilogram dan berharga RM80 sekotak,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata, seorang suspek yang terlibat dalam aktiviti haram itu merupakan tekong dari Malaysia dan penduduk tempatan di sini, manakala yang lain adalah warga Indonesia.

Katanya, jumlah keseluruhan barangan dirampas termasuk tiga lori dianggarkan RM296,000.

Tambahnya, ketujuh-tujuh suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE