Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, suspek yang berusia 40-an telah masuk ke dalam kereta mangsa untuk bertanya tentang nama seseorang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, secara tiba-tiba rakan suspek yang juga warganegara Indonesia telah masuk lalu duduk di kerusi bahagian belakang kereta tersebut.

Menurutnya, rakan suspek yang duduk di bahagian belakang telah mengeluarkan sebiji batu yang didakwa mampu menjadi penawar untuk mengubati pelbagai penyakit selepas dicelup ke dalam air.

“Kemudian, mangsa telah didatangi oleh rakannya dan bertanya sama ada mengenali kedua-dua lelaki berkenaan yang berada di dalam kereta tersebut.

“Mangsa kemudian memberitahu rakanya itu dia tidak mengenali lelaki berkenaan,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, terkejut dengan kenyataan mangsa yang tidak mengenali mereka, kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan diri.

Katanya, bagaimanapun salah seorang suspek berjaya ditangkap, manakala rakannya dapat meloloskan diri. - UTUSAN ONLINE