Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ceroboh tanah: Zambry 
minta SPRM, polis bertindak

KUALA KANGSAR 19 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) sekali lagi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap beberapa sindiket yang menceroboh dan meneroka secara haram tanah milik kerajaan negeri.

Zambry Abd. Kadir

Menurut Zambry, sindiket tersebut dilihat bukan sahaja berani menceroboh di kawasan bersempadanan dengan negeri lain seperti di Tanjung Malim dan Lenggong, malah yang terbaharu di kawasan mukim Ulu Bernam, Mualim.

Selain itu dedah Zambry, terdapat sindiket yang turut menawarkan penjualan tanah milik kerajaan negeri di mukim Senggang, Kuala Kangsar dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Sambil menya­ta­kan rasa dukacita, Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan sindiket seumpama itu yang jelas merugikan negeri selain menipu rakyat.

“Sindiket ini semakin bermaharajalela dan berani. Dulu saya sudah dedahkan kegiatan mereka di Lenggong dan Tanjung Malim yang melibatkan ribuan hektar.

“Baru-baru ini di Mualim dan Kuala Kangsar pula melibatkan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) seluas 138.4 hektar.

“Laporan polis telah kita buat dan kita amat berharap polis dan SPRM dapat bertindak segera bagi mencari dan memberkas mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya pada sidang akhbar sebelum majlis Jamuan Rakyat di Dewan Terbuka Kampung Chuar Kati di sini hari ini.

Lebih 500 penduduk menyertai kenduri tersebut yang menyediakan menu kampung se­perti kerabu pucuk paku dan kari daging dengan umbut pisang.

Sementara itu, Zambry berkata, penerokaan dan penipuan terbaru di Kuala Kangsar dan Mualim dikesan melalui laporan dan aduan yang dibuat orang ramai yang telah ditemui pihak sindiket.

Tambah Zambry, modus operandi sindiket adalah dengan menggunakan dokumen tertentu seperti salinan geran tanah bagi mengaburi mata penduduk.

“Kita kesan kegiatan ini dari semasa ke semasa dan semakin banyak berlaku. Tindakan segera perlu dibuat supaya kegiatan seumpama ini dapat dibanteras,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain