Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa mendakwa lelaki berusia 58 tahun itu bertindak meraba punggung, payu dara serta mencium pipi jururawat berkenaan ketika memberikan rawatan.

“Suspek telah ditahan selepas memberi keterangan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE