The Malaysian Insight melaporkan, Nazrin menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali yang mengugut akan membunuhnya.

Portal itu melaporkan Nazrin menganggap ugutan itu serius dan telah membuat laporan polis.

Nazrin, 45, maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Kematiannya kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran. - UTUSAN ONLINE