Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, empat suspek yang ditahan dalam serbuan bermula pukul 2 petang hingga 7 malam itu berusia antara 22 hingga 42 tahun.

“Dadah yang dirampas dalam dua serbuan itu ialah 7.1 kilogram disyaki heroin, 56 gram (ganja) dam 400 gram (syabu). Selain itu, kita turut merampas sejumlah wang tunai dan 11 buah telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini sebentar tadi.

Selain itu, empat buah kereta iaitu jenis MyVi, Volkswagen Polo dan Hondar CRZ serta sebuah motosikal Yamaha LC yang dianggarkan bernilai RM91,000 turut disita.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, salah seorang suspek positif dadah dan tiga daripada mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari hingga 20 Julai ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - UTUSAN ONLINE