Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Beh Eng Lai berkata, kejadian itu berlaku di kediaman mangsa di Taman Indah Heights 2, Skudai di sini pada pukul 7 malam tadi.

“Polis terima laporan daripada suami mangsa yang pulang ke rumah dan mendapati isterinya telah menggantung diri manakala anaknya mempunyai kesan cekik di bahagian leher.

“Siasatan awal mendapati mangsa maut akibat jerutan di leher dan tiada kesan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Eng Lai memberitahu, mangsa merupakan pesakit kanser tahap 4 dan sering mengadu kepada keluarganya bahawa dia sakit serta tidak mahu meneruskan hidup lagi. - UTUSAN ONLINE