Majistret Shamshol Azwa Martadza memutuskan juga Kong Yeow How, 42, dari Pekan Sayur, Kaki Bukit, Padang Besar dekat sini dipenjarakan lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada pukul 11.02 pagi pada 16 November lalu di Stesen Bas Ekspres Bukit Lagi, Kangar telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd. Fakhri Yahya, 33 dengan cara menggunakan pisau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd. Farhan Aliff dan tertuduh dibela oleh peguam Asmaniza Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dalam laporan akhbar pada 16 November lalu, gara-gara berang diting­galkan bas ekspres, seorang penumpang lela­ki nekad ‘mengejar’ sebelum mencederakan pemandu kenderaan berkenaan dalam kejadian di Stesen Bas Ekspres di Bukit Lagi, Kangar.

Akibat kejadian itu, pemandu tersebut dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar akibat kecederaan di bahu kiri. - UTUSAN ONLINE