Dalam serbuan pukul 1 petang itu, ujian terhadap cecair yang disorok dalam dua buah baldi di sebuah rumah menunjukkan bahan itu positif dadah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dadah tersebut dianggarkan bernilai lebih RM1.7 juta berdasarkan harga pasaran yang mencecah RM70,000 sekilogram ketika ini.

"Tiga lelaki berusia antara 35 hingga 43 tahun turut dicekup dalam serbuan itu, dua daripadanya memiliki rekod lampau atas kesalahan dadah manakala seorang lagi suspek bebas dari sebarang rekod.

Polis masih menyiasat dengan lebih lanjut termasuk apa yang akan dilakukan dengan cecair berkenaan termasuk menghantarnya ke Jabatan Kimia," katanya dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Zaharudin berkata, polis turut menemukan 0.86 gram heroin, 77.17 gram syabu dan 16 biji pil Eramin 5 yang menjadikan jumlah keseluruhan dadah tersebut mencecah RM1.79 juta. - UTUSAN ONLINE