Muhammad Amirul Bungsu, 21, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan melalui bahasa isyarat di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menikam mangsa Mohd. Rodzi Jamaluddin, 64, dengan menggunakan dua bilah pisau dengan niat menyebabkan kematian ke atas mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di sini pada pukul 8.30 malam, 14 Disember lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE