Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar berkata, suspek berusia 38 tahun ditangkap semasa datang melawat mangsa di wad kecemasan hospital berkenaan pada pukul 4 petang.


Beliau berkata, terdahulu, mangsa merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh di sini, dibawa warden asrama sekolahnya untuk menjalani pemeriksaan setelah mendakwa dirogol bapanya di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat di sini, sejak Julai lalu.


“Mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di hospital selepas warden asrama melaporkan kes rogol itu kepada polis pada pukul 12.45 tengah hari.


“Perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan dirogol oleh bapanya kepada guru terbabit pada pukul 10.35 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini. - UTUSAN ONLINE