Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminudin Raja Abdullah berkata, pil yang berwarna merah tertera tulisan "WY' dan bernilai lebih RM10,000 itu ditemui di dalam beg milik suspek ketika pemeriksaan dijalankan.

Menurutnya, suspek berusia 26 tahun itu kini direman sehingga 4 Disember untuk siasat lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek juga positf dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah.

"Kita percaya dadah yang dimiliki itu adalah untuk pasaran tempatan," katanya dalam   sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, hari ini.

Nik Aminudin berkata, polis sentiasa memberi keutamaan terhadap maklumat awam berkaitan kes dadah yang disusuli segera dengan tindakan risikan dan serbuan. -UTUSAN ONLINE