Lelaki berusia 30-an itu dicekup kira-kira pukul 9 pagi oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanudin Hasan berkata, ketika rondaan dilakukan anggotanya telah terserempak dengan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah dibuat pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan kita telah menjumpai dadah pada mangsa serta sepucuk pistol bersama 26 peluru dalam kereta milik suspek.

"Hasil siasatan mendapati sebanyak enam peluru berada di dalam pistol manakala 20 lagi berada di dalam beg di bahagian tempat duduk belakang,” katanya dalam  sidang akhbar di Balai Polis Rantau Panjang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis, Datuk Din Ahmad.

Hasanuddin memberitahu, pemeriksaan polis mendapati kereta yang dipandu suspek juga adalah kenderaan curi dengan nombor pendaftaran palsu. 

Katanya, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan bahan terlarang itu. - UTUSAN ONLINE