Niwar Ali, 50, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Niwar yang memiliki kad pemastautin tetap (PR) didakwa menyebabkan kematian Rebin Sumadi Suwoko di hadapan kedai runcit di tapak projek Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada pukul 1.25 pagi, 14 April 2001.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sally Chay Mei Ling manakala tertuduh diwakili peguam K. Nahtan.

Mahkamah menetapkan 10 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.-UTUSAN ONLINE