MAZLAN LAZIM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (gambar) berkata, lelaki tersebut ialah penyewa di rumah berkenaan.

“Kita menyita rumah tersebut pada 30 Oktober lalu atas arahan mahkamah kerana penyewa sudah beberapa bulan tidak membayar sewa.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai sepucuk pistol tiruan, tujuh laras senjata HK MP5 tiruan dan satu topi logo polis dalam premis tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menemukan objek dipercayai senjata api di premis terbabit, sebelum sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pergi ke lokasi kejadian.

Menurut Mazlan, kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan orang ramai yang mempunyai sebarang mak­lumat mengenai kes tersebut boleh menyalurkan­nya kepada Pegawai Penyiasat, Ins­pektor Mohd. Razif Karim di talian 013-9961566.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Brickields, Asisten Superintenden (ASP) Mohd. Hafizi Ishak di talian 017-2336343 untuk memberi maklumat.