Mayat keempat-empat beranak tersebut ditemukan kira-kira pukul 1 petang tadi dipercayai meninggal dunia sejak 12 jam lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid, mayat lelaki berusia 48 tahun itu ditemukan bersama tiga anaknya yang berusia 8, 6 dan 5 tahun di bilik sama di tingkat atas rumah berkenaan.

“Semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki berkenaan baru sebulan kematian isterinya dan mayat empat beranak itu ditemukan oleh ibu tiri lelaki berkenaan.-UTUSAN ONLINE