Ketua Polis daerah, Asisten Komisoner Shafien Mamat berkata, kesemua individu warga Indonesia berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan secara berperingkat bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, kesemua individu terbabit ditahan sehari selepas kejadian sehingga semalam. Mereka dipercayai mengenali kumpulan yang mengelar dan menikam mangsa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kes itu, Shafien menyatakan berdasarkan siasatan awal, mangsa pernah dipukul suspek utama kumpulan samseng terbabit pada Mei tahun lalu.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian pembunuhan itu bermotifkan peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan.

Sabtu lalu, Mohd. Nor Syazrin Rasdi, 29, mati di tempat kejadian selepas dikelar dileher serta ditikam dibahagian perut oleh empat lelaki warga asing masing-masing bersenjatakan pisau di Seksyen 25, di sini.

Difahamkan, mangsa pertama kali berniaga di tapak pasar malam di kawasan berkenaan manakala sebelum ini dia menjalankan perniagaan di Gombak sejak lima tahun lalu. - UTUSAN ONLINE