Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bunuh nenek tidak tahan dengar leteran berpanjangan

KUALA TERENGGANU 7 Sept. – Atas alasan tidak tahan mendengar leteran berpanjangan, seorang pemuda menetak neneknya dengan parang sehingga maut dalam kejadian di Kampung Surau Haji Daud dekat Cendering di sini hari ini.

Halimah Taib

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Halimah Taib, 78, sedang berehat di atas wakaf di halaman rumah sambil menunggu ketibaan peraih untuk membeli barangan basah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian leher setelah terkena tiga tetakan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis bersama unit forensik dikejarkan kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“Suspek berusia 33 tahun itu diberkas kira-kira sejam kemudian tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan kebingungan.

“Dengan bantuan suspek, kita berjaya mengesan parang yang digunakan untuk menetak neneknya yang dilemparkan ke dalam semak kira-kira 30 meter dari lokasi dia ditangkap.

“Difahamkan, suspek sempat membasuh tangan dan parang di masjid berhampiran, sebelum membuang senjata itu ke dalam semak,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Wan Abdul Aziz berkata, suspek akan direman bermula esok dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau memberitahu, suspek berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman baru seminggu bersama neneknya yang tinggal bersendirian untuk mengutip buah duku sebelum dijual.

“Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah. Bagaimanapun, ketika kejadian, suspek didapati berada dalam keadaan normal (sedar),” ujar beliau.

Tambah Wan Abdul Aziz, setakat ini, suspek juga dikesan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain