Buli : Polis sahkan terima laporan mangsa
Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelajar tingkatan lima itu membuat laporan berkenaan di Balai Polis Seksyen 9, di sini kira-kira pukul 9 malam semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan pelajar terbabit dari sekolah mana namun dipercayai kes itu membabitkan sebuah sekolah menengah di sekitar daerah ini.

Utusan Online semalam melaporkan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah menjadi mangsa buli sekumpulan kira-kira lapan pelajar lain, kononnya atas alasan tradisi sambutan hari lahir.

Mangsa bukan sahaja disepak dan ditendang beramai-ramai, malah turut dipukul berulang kali menggunakan batang penyapu sehingga mengalami kecederaan pada bahagian siku kiri.

Dalam rakaman video berdurasi 29 saat itu turut kelihatan membuli mangsa adalah pengawas, manakala tiga lagi pelajar beruniform kokurikulum. - UTUSAN ONLINE