Aidi Ismail

Ketua Polis ne­ge­ri, Datuk Aidi Ismail berkata, ke­­­se­mua pelajar ber­usia 17 tahun itu ditahan secara ber­asingan di asrama dan rumah ma­sing-masing antara pukul 5 petang semalam hingga awal pagi ini.

Katanya, permohonan reman terhadap 11 suspek telah dibuat dan mereka kini direman tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu.

“Dua daripada 11 yang ditahan itu turut terlibat dalam satu lagi insiden buli di kolej tersebut yang membabitkan dua pelajar.

“Sehingga kini, kita sudah menahan 26 orang dan tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa lagi pelajar,” katanya ketika mengulas isu itu.

Dalam insiden itu, Muhammad Luqman Hakim Mohd. Shukri, 17, mendakwa dibelasah 15 pelajar sebanyak dua kali dalam satu malam iaitu pada pukul 9.30 malam ketika di surau, disusuli sejam selepas itu semasa di asrama ekoran pertengka­ran mulut.

Semalam 15 pe­lajar ditahan bagi membantu siasatan bagi kejadian buli di kolej sama.

Aidi berkata, si­a­satan mendapa­ti kejadian buli di kolej berkenaan ber­punca daripada rasa tidak puas hati antara pelajar senior dan junior.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pihak kolej agar memaklumkan segera kejadian buli yang berlaku bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.